Berharaplah terhadap apa-apa yang Allah suka ke atas kamu

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر المسلمين! ارغبوا فيما رغبكم الله فيه، واحذروا مما حذركم الله منه، وخافوا مما خوفكم الله من عذابه وعقابه ومن جهنّم، فإنها لو كانت قطرة من الجنة معكم في دنياكم التي أنتُم فيها؛ حلّتها، ولو كانت قطرة من النار معكم في دنياكم التي أنتم فيها؛ خبثتها عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai seluruh kaum Muslimin! Berharaplah terhadap apa-apa yang Allah suka ke atas kamu, jauhilah (berhati-hati) terhadap perkara-perkara yang Allah berikan amaran kepada kamu, takutlah terhadap apa yang Allah takutkan ke atas kamu daripada azab dan seksaanNya serta neraka jahanam. Sesungguhnya jika setitik (nikmat) dari syurga (jatuh) bersama kamu di dunia ini di mana kamu berada, nescaya dunia akan terhias cantik. Jika setitik (percikan) dari neraka (jatuh) bersama kamu di dunia ini di mana kamu berada, nescaya dunia yang kamu berada ini menjadi rosak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 707, hadis nombor 3618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال ﷺﷺ: يا معشر المسلمين! ارغبوا فيما رغبكم الله فيه، واحذروا مما حذركم الله منه، وخافوا مما خوفكم الله من عذابه وعقابه ومن جهنّم، فإنها لو كانت قطرة من الجنة معكم في دنياكم التي أنتُم فيها؛ حلّتها، ولو كانت قطرة من النار معكم في دنياكم التي أنتم فيها؛ خبثتها عليكم.
[هق، ((الضعيفة)) (6704)].

(Munkar)
Daripada Anas RA berkata: Baginda SAW bersabda: Wahai seluruh kaum Muslimin! Berharaplah terhadap apa-apa yang Allah suka ke atas kamu, jauhilah (berhati-hati) terhadap perkara-perkara yang Allah berikan amaran kepada kamu, takutlah terhadap apa yang Allah takutkan ke atas kamu daripada azab dan seksaanNya serta neraka jahanam. Sesungguhnya jika setitik (nikmat) dari syurga (jatuh) bersama kamu di dunia ini di mana kamu berada, nescaya dunia akan terhias cantik. Jika setitik (percikan) dari neraka (jatuh) bersama kamu di dunia ini di mana kamu berada, nescaya dunia yang kamu berada ini menjadi rosak.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6704].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs