Bergembiralah dan bermain-mainlah! Aku tidak suka melihat kekerasan dalam agama kalian

TEKS BAHASA ARAB

الهو والعبوا؛ فإني أكره أن يرى في دينكم غلظة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bergembiralah dan bermain-mainlah! Aku tidak suka melihat kekerasan dalam agama kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis nombor 1001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن المطلب بن عبد الله مرفوعا: ((الهو والعبوا؛ فإني أكره أن يرى في دينكم غلظة)). [فر، (الضعيفة)) (2258)].

(Palsu)
Daripada al-Muttalib bin ‘Abdillah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bergembiralah dan bermain-mainlah! Aku tidak suka melihat kekerasan dalam agama kalian.
[Riwayat Al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2258]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs