Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الهوا والعبُوا، فإِنَّي أكرَهُ أنْ يُرَى في دينِكُمْ غِلْظَةً.
Teks Bahasa Melayu
Bergembiralah dan bermain-mainlah! Aku tidak suka melihat kekerasan dalam agama kalian.
Sahabat Perawi
- al-Muttalib bin ‘Abdillah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis no. 1001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن المطلب بن عبد الله مرفوعا: ((الهو والعبوا؛ فإني أكره أن يرى في دينكم غلظة)). [فر، (الضعيفة)) (2258)].
(Palsu) Daripada al-Muttalib bin ‘Abdillah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bergembiralah dan bermain-mainlah! Aku tidak suka melihat kekerasan dalam agama kalian. [Riwayat Al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2258]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman