TEKS BAHASA ARAB
دارهم ما دمت في دارهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bergaullah dengan mereka selagi kamu berada di rumah mereka.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 38, hadis nombor 142. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث وإنما هو شعر تمامه (وأرضهم ما دمت في أرضهم) لكن في الحديث: مداراة الناس صدقة، وفيه: أمرت بمداراة الناس كما أمرت بالصلاة المفروضة، وفيه: رأس العقل المداراة وأهل المعروف في الدنيا هم أهل المعروف في الآخرة.
Ia bukan hadith, ia hanyalah serangkap syair, lengkapnya: “Dan carilah keredhaan mereka selagi mana kamu berada di tempat mereka”, namun terdapat dalam hadith: “Bergaul dengan orang ramai adalah sedekah”, juga dalam hadith: “Aku diperintahkan untuk bergaul dengan orang ramai sebagaimana aku diperintahkan untuk solat wajib”. Terdapat juga dalam hadith: “Ibu bagi segala idea adalah pergaulan, orang yang dikenali di dunia mereka juga orang yang dikenali di akhirat”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.