Bergaul dengan orang ramai merupakan suatu sedekah

TEKS BAHASA ARAB

مداراة الناس صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bergaul dengan orang ramai merupakan suatu sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis nombor 1114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((مداراة الناس صدقة)). روي من حديث جابر، وأنس بن مالك، والمقدام بن معدي كرب، وأبي هريرة – رضي الله عنهم -. [حب، ابن السني، حل، خط، أبو بكر المقرئ في ((الفوائد))، أبو عروبة الحراني في ((حديثه))، أبو سعيد بن الأعرابي، عد، القضاعي، ابن عليك النيسابوري في ((الفوائد))، تمام، أبو صالح الحرمي في ((الفوائد العوالي))، ((الضعيفة)) (4508)]

(Lemah)
Bergaul dengan orang ramai merupakan suatu sedekah. Diriwayatkan daripada hadith Jabir, Anas bin Malik, al-Miqdam bin Ma’di Karib dan Abu Hurairah RA.
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ibn al-Sunni, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Abu Bakar al-Muqri’ dalam al-Fawa’id, Abu ‘Arubah al-Harrani dalam hadith beliau, Abu Sa’id bin al-A’rabi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, al-Quda'ie, Ibn ‘Alayk al-Naysaburi dalam al-Fawa’id, Tammam, Abu Soleh al-Harami dalam al-Fawa’id al-‘Awali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs