Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مُداراةُ الناسِ صدقةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bergaul dengan orang ramai merupakan suatu sedekah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- al-Miqdam bin Ma’di Karib
- Anas bin Malik RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis no. 1114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Bergaul dengan orang ramai merupakan suatu sedekah. Diriwayatkan daripada hadith Jabir, Anas bin Malik, al-Miqdam bin Ma’di Karib dan Abu Hurairah RA. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ibn al-Sunni, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Abu Bakar al-Muqri’ dalam al-Fawa’id, Abu ‘Arubah al-Harrani dalam hadith beliau, Abu Sa’id bin al-A’rabi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, al-Quda'ie, Ibn ‘Alayk al-Naysaburi dalam al-Fawa’id, Tammam, Abu Soleh al-Harami dalam al-Fawa’id al-‘Awali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4508]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman