Berfikir sesaat lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

فكرة ساعة خير من عبادة سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berfikir sesaat lebih baik berbanding ibadah selama 70 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 58, hadis nombor 325. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia palsu sebagaimana dikatakan oleh para huffaz. Ibn al-‘Arabi al-Maliki berkata dalam al-Siraj: Tidak ada satu pun hadith sahih daripada Nabi SAW tentang bertafakur, juga tidak sahih tentang 10 golongan yang baik. Kesemua hadith yang dimasukkan oleh para penulis (tentang tafakur) adalah batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.