Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فِكْرَةُ سَاعَةٍ خَيْرٌ مِنْ عِبَادةِ سِتِّينَ سَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Berfikir sesaat lebih baik berbanding ibadah selama 60 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 58, hadis no. 325. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia palsu sebagaimana dikatakan oleh para huffaz. Ibn al-‘Arabi al-Maliki berkata dalam al-Siraj: Tidak ada satu pun hadith sahih daripada Nabi SAW tentang bertafakur, juga tidak sahih tentang 10 golongan yang baik. Kesemua hadith yang dimasukkan oleh para penulis (tentang tafakur) adalah batil.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman