Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فكرةُ ساعَةٍ خيرٌ مِنْ عبادَةِ ستينَ سنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Berfikir sejenak adalah lebih baik berbanding ibadah selama 60 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis no. 7112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة. [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (173)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berfikir sejenak adalah lebih baik berbanding ibadah selama 60 tahun. [Riwayat Abu al-Sheikh dalam al-'Uzmah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 173]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman