Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الفكرُ نصفُ العبادةِ، وقِلَّةُ الطعامِ هي العبادةُ.
Teks Bahasa Melayu
Berfikir itu adalah separuh daripada ibadah, manakala sedikit makan pula ialah ibadah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) «الفكر نصف العبادة، وقلة الطعام هي العبادة». [«الضعيفة» (249)].
(Batil) "Berfikir itu adalah separuh daripada ibadah, manakala sedikit makan pula ialah ibadah". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 249].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman