Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انْصَرِفِي أيّتُهَا الْمَرْأَةُ وأَعْلِمي مَنْ وَرَاءَكِ مِنَ النِّسَاءِ أَنَّ حُسْنَ تَبَعُّلٍ إِحْدَاكُنَّ لِزَوْجِهَا، وَطَلَبَهَا مَرْضَاتِهِ، وَاتِّبَاعَهَا مُوَافَقَتَهُ يَعْدِلُ ذَلِكَ كُلَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Beredarlah wahai perempuan dan beritahulah para wanita yang kamu wakili bahawa baiknya salah seorang kalian menjaga suaminya, mencari keredaannya, dan taat perintahnya, adalah menyamai sekalian (amalan) yang demikian tadi.
Sahabat Perawi
- Asma' bin Yazid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 335-336, hadis no. 1760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Asma' binti Yazid al-Ansariyah RA, (seorang wanita) daripada kabilah Abdul Ashhal, bahawa beliau bertemu Nabi ﷺ ketika baginda bersama para sahabatnya lalu berkata: “Bapa dan ibuku menjadi tebusan untukmu, wahai Rasulullah. Aku adalah utusan daripada pihak wanita kepadamu. Ketahuilah - sedangkan aku adalah tebusanmu - bahawa tidak ada seorang wanita pun di timur mahupun di barat, yang mendengar atau tidak tentang perjalananku ini, melainkan mereka sependapat denganku: bahawa kamu telah diutuskan kepada kaum lelaki dan wanita sekaliannya, maka kami beriman denganmu dan Tuhanmu. Namun kami – golongan wanita – terbatas, terhad, hanya duduk di rumah-rumah kalian (para lelaki), melangsaikan syahwat kalian, mengandungkan anak-anak kalian. Sedangkan kalian - para lelaki - diberi kelebihan melebihi kami untuk solat Jumaat dan jemaah, melawat orang sakit, menyaksikan jenazah, mengerjakan haji selepas haji, dan yang lebih baik dari semua itu adalah jihad di jalan Allah. Sedangkan seorang lelaki daripada kalangan kalian itu apabila dia keluar mengerjakan haji, umrah atau menjaga sempadan, kami yang memelihara harta-harta kalian buat kalian, menjahit pakaian-pakaian kalian buat kalian dan kami mendidik anak-anak kalian buat kalian. Tidakkah kami dapat berkongsi dengan kamu dalam kebaikan (pahala) ini wahai Rasulullah?” Lantas Nabi ﷺ menoleh kepada para sahabatnya dengan seluruh wajah baginda, kemudian berkata: “Pernahkah kalian dengar mana-mana ucapan perempuan yang lebih baik daripada soalan beliau tentang urusan agamanya ini?” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, kami tidak pernah menyangkakan bahawa seorang wanita boleh terpandu seperti ini!” Lalu Nabi ﷺ menoleh kepada wanita itu, kemudian bersabda: “Beredarlah wahai perempuan dan beritahulah para wanita yang kamu wakili bahawa baiknya salah seorang kalian menjaga suaminya, mencari keredaannya, dan taat perintahnya, adalah menyamai sekalian (amalan) yang demikian tadi.” Wanita itu pun pergi sambil bertahlil dan bertakbir kerana kegembiraan. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6242].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman