TEKS BAHASA ARAB
من كذب علي متعمدا؛ (ليضل به الناس)، فليتبوأ مقعده من النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, bertujuan menyesatkan manusia, maka siaplah tempatnya di dalam neraka
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240 – 1241, hadis nombor 6328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذه الزيادة)
من كذب علي متعمدا؛ (ليضل به الناس)، فليتبوأ مقعده من النار. روي من حديث عبد الله بن مسعود، البراء بن عازب، عمرو بن حارث وعمرو بن عنبسة.
[طب، وفي ((جزء حديث من كذب علي متعمدا))، ((الضعيفة)) (1011)]
(Munkar dengan penambahan ini)
Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, bertujuan menyesatkan manusia, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. Diriwayatkan daripada hadith ‘Abdullah bin Mas’ud, al-Bara’ bin ‘Azib, ‘Amr bin Harith dan ‘Amr bin ‘Abasah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, juga dalam Juz Hadith Man Kaziba 'Alayya Muta'ammidan. Lihat Silasilah al-Da'ifah, no. 1011]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.