Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذب عَلَيَّ مُتعمِّدًا؛ (لِيُضِلَّ به الناسَ)، فليتبوأْ مَقعدَه من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, bertujuan menyesatkan manusia, maka siaplah tempatnya di dalam neraka
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
- Al-Bara' bin 'Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240 - 1241, hadis no. 6328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذه الزيادة) من كذب علي متعمدا؛ (ليضل به الناس)، فليتبوأ مقعده من النار. روي من حديث عبد الله بن مسعود، البراء بن عازب، عمرو بن حارث وعمرو بن عنبسة. [طب، وفي ((جزء حديث من كذب علي متعمدا))، ((الضعيفة)) (1011)]
(Munkar dengan penambahan ini) Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, bertujuan menyesatkan manusia, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. Diriwayatkan daripada hadith 'Abdullah bin Mas'ud, al-Bara' bin 'Azib, 'Amr bin Harith dan 'Amr bin 'Abasah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, juga dalam Juz Hadith Man Kaziba 'Alayya Muta'ammidan. Lihat Silasilah al-Da'ifah, no. 1011]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman