Berdusta atas namaku dengan sengaja bertujuan untuk menyesatkan manusia

TEKS BAHASA ARAB

من كذب علي متعمدا، فليتبوأ مقعده من النار، ثم قال بعد ذلك: من كذب علي متعمدا ليضل به الناس، فليتبوأ مقعده من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka. Kemudian selepas itu baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja bertujuan untuk menyesatkan manusia, maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246 – 1247, hadis nombor 6361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن البراء بن عازب رضي الله عنه مرفوعا: من كذب علي متعمدا، فليتبوأ مقعده من النار، ثم قال بعد ذلك: من كذب علي متعمدا ليضل به الناس، فليتبوأ مقعده من النار.
[أبو نعيم في ((المستخرج على مسلم))، الحاكم في ((المدخل))، الطبراني في ((طرق حديث: من كذب))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (2030)]

(Lemah)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka. Kemudian selepas itu baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja bertujuan untuk menyesatkan manusia, maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Mustakhraj 'Ala Muslim, al-Hakim dalam al-Madkhal, al-Tabarani dalam Turuq hadith: Man Kaziba, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2030]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs