Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذب عليَّ متعمدًا، فلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَه من النارِ، ثم قال بعد ذلك: من كذب عليَّ متعمدًا لِيُضِلَّ به الناسَ، فلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka. Kemudian selepas itu baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja bertujuan untuk menyesatkan manusia, maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Al-Bara' bin 'Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246 - 1247, hadis no. 6361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء بن عازب رضي الله عنه مرفوعا: من كذب علي متعمدا، فليتبوأ مقعده من النار، ثم قال بعد ذلك: من كذب علي متعمدا ليضل به الناس، فليتبوأ مقعده من النار. [أبو نعيم في ((المستخرج على مسلم))، الحاكم في ((المدخل))، الطبراني في ((طرق حديث: من كذب))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (2030)]
(Lemah) Daripada al-Bara' bin 'Azib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka. Kemudian selepas itu baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja bertujuan untuk menyesatkan manusia, maka sediakanlah tempat duduknya daripada api neraka. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Mustakhraj 'Ala Muslim, al-Hakim dalam al-Madkhal, al-Tabarani dalam Turuq hadith: Man Kaziba, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2030]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman