Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، أَوْ رَدَّ شَيْئًا أَمَرْتُ بِهِ، فَلْيَتَبَوَّأْ بَيْتًا فِي جَهَنَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak perkara yang aku telah perintahkan, maka siaplah (sediakan) sebuah rumah dalam neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Abu Bakar al-Siddiq RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1299, hadis no. 6645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جداً بذكر: (الرد)) عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه، قال :قال صلى الله عليه وسلم: من كذب عليّ متعمداً، أو رد شيئاً أمرت به، فليتبوأ بيتاً في جهنم. [ع، أبو يعلى في ((معجم شيوخه))، ((الضعيفة)) (6774)].
(Munkar dengan sebutan: "menolak") Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak perkara yang aku telah perintahkan, maka siaplah (sediakan) sebuah rumah dalam neraka jahanam. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu Ya'la dalam Mu'jam Shuyukhihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6774].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman