TEKS BAHASA ARAB
من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berdusta atas nama kedua ibubapanya atau atas namaku, dia tidak akan dapat mencium bau syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis nombor 6594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أوس بن أوس رضي الله عنه مرفوعا: من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة.
[تخ، ((الضعيفة)) (5079)]
(Munkar)
Daripada Aws bin Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berdusta atas nama kedua ibubapanya atau atas namaku, dia tidak akan dapat mencium bau syurga.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5079]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.