Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Berdusta atas nama kedua ibubapanya atau atas namaku

Teks Bahasa Arab

من كذبَ علَى والدَيهِ أو علَيَّ؛ لم يرَحْ رائحةَ الجنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berdusta atas nama kedua ibubapanya atau atas namaku, dia tidak akan dapat mencium bau syurga.

Sahabat Perawi

  1. Aws bin Aws RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis no. 6594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أوس بن أوس رضي الله عنه مرفوعا: من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة. [تخ، ((الضعيفة)) (5079)]

(Munkar) Daripada Aws bin Aws RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berdusta atas nama kedua ibubapanya atau atas namaku, dia tidak akan dapat mencium bau syurga. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5079]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.