Berdoalah siang dan malam kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أدلكم على ما ينجيكم من عدوكم و يدر لكم أرزاقكم؟ تدعون الله ليلكم و نهاركم، فإن الدعاء سلاح المؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang boleh menyelamatkan kamu daripada musuh kamu dan boleh memperbanyakkan rezeki kamu? Kamu berdoa siang dan malam kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1402, hadis nombor 7104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما، مرفوعا: ألا أدلكم على ما ينجيكم من عدوكم ويدر لكم أرزاقكم؟ تدعون الله ليلكم ونهاركم، فإن الدعاء سلاح المؤمن.
[ع، ((الضعيفة)) (180)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang boleh menyelamatkan kamu daripada musuh kamu dan boleh memperbanyakkan rezeki kamu? Kamu berdoa siang dan malam kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 180]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.