Berdoalah selepas tasyahud dengan apa jua doa yang dikehendaki daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول – إذا جلس في وسط الصلاة وفي آخرها على وركه اليسرى -: ((التحيات لله. . – إلى قوله -: وأشهد أن محمدا عبده ورسوله))-. قال: ثم إن كان في وسط الصلاة؛ نهض حين يفرغ من تشهده، وإن كان في آخرها دعا بعد تشهده بما شاء الله أن يدعو، ثم يسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila duduk di pertengahan solat atau di akhir solat di atas punggung kiri dengan membaca: Segala kehormatan untuk Allah.. (sehingga bacaannya) Aku bersaksi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Dia berkata: Sekiranya di pertengahan solat ketika ingin bangun selepas selesai daripada tasyahudnya. Adapun sekiranya di akhir solat, berdoalah selepas tasyahudnya dengan apa jua doa yang dikehendaki daripada Allah. Setelah itu, barulah memberi salam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1535 – 1536, hadis nombor 7796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التام)
عن الأسود بن يزيد النخعي عن عبدالله بن مسعود، قال: علمني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – التشهد في وسط الصلاة وفي آخرها، فكنّا نحفظ من عبدالله بن مسعود حين أخبرنا أن رسول الله علمه إياه، قال: فكان يقول: كان يقول: إذا جلس في وسط الصلاة وفي آخرها على وركه اليسرى -: ((التحيات لله. . – إلى قوله -: وأشهد أن محمدا عبده ورسوله))-. قال: ثم إن كان في وسط الصلاة؛ نهض حين يفرغ من تشهده، وإن كان في آخرها دعا بعد تشهده بما شاء الله أن يدعو، ثم يسلم. [حم، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (5624)].

(Munkar dengan keseluruhannya)
Daripada al-Aswad bin Yazid al-Nakha’ie, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasululah SAW telah mengajarkan kepadaku tasyahud ketika di tengah solat dan di hujung solat. Maka kami menghafal daripada Abdullah bin Mas’ud ketika Rasulullah SAW mengajarkan kepadanya. Dia berkata: Apabila duduk di pertengahan solat atau di akhir solat di atas punggung kiri dengan membaca: Segala kehormatan untuk Allah.. (sehingga bacaannya) Aku bersaksi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Dia berkata: Sekiranya di pertengahan solat ketika ingin bangun selepas selesai daripada tasyahudnya. Adapun sekiranya di akhir solat, berdoalah selepas tasyahudnya dengan apa jua doa yang dikehendaki daripada Allah. Setelah itu, barulah memberi salam. [Riwayat Musnad Ahmad, Ibn Khuzaimah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5624].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs