Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يقول - إذا جَلَسَ في وَسطِ الصَّلاةِ وفي آخِرِهَا على وِرْكِهِ اليُسْرَى-: ((التحياتُ للهِ. . - إلى قوله -: وأشهد أن محمداً عبده ورسوله))-. قال: ثم إنْ كان في وسطِ الصلاة؛ نَهَضَ حينَ يفرُغُ من تَشَهُّدِهِ، وإنْ كان في آخِرها دعا بعد تَشَهُّدِهِ بما شاء الله أَنْ يَدْعُوَ، ثم يُسَلِّم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila duduk di pertengahan solat atau di akhir solat di atas punggung kiri dengan membaca: Segala kehormatan untuk Allah.. (sehingga bacaannya) Aku bersaksi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Dia berkata: Sekiranya di pertengahan solat ketika ingin bangun selepas selesai daripada tasyahudnya. Adapun sekiranya di akhir solat, berdoalah selepas tasyahudnya dengan apa jua doa yang dikehendaki daripada Allah. Setelah itu, barulah memberi salam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1535 - 1536, hadis no. 7796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن الأسود بن يزيد النخعي عن عبدالله بن مسعود، قال: علمني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - التشهد في وسط الصلاة وفي آخرها، فكنّا نحفظ من عبدالله بن مسعود حين أخبرنا أن رسول الله علمه إياه، قال: فكان يقول: كان يقول: إذا جلس في وسط الصلاة وفي آخرها على وركه اليسرى -: ((التحيات لله. . - إلى قوله -: وأشهد أن محمدا عبده ورسوله))-. قال: ثم إن كان في وسط الصلاة؛ نهض حين يفرغ من تشهده، وإن كان في آخرها دعا بعد تشهده بما شاء الله أن يدعو، ثم يسلم. [حم، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (5624)].
(Munkar dengan keseluruhannya) Daripada al-Aswad bin Yazid al-Nakha’ie, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasululah SAW telah mengajarkan kepadaku tasyahud ketika di tengah solat dan di hujung solat. Maka kami menghafal daripada Abdullah bin Mas’ud ketika Rasulullah SAW mengajarkan kepadanya. Dia berkata: Apabila duduk di pertengahan solat atau di akhir solat di atas punggung kiri dengan membaca: Segala kehormatan untuk Allah.. (sehingga bacaannya) Aku bersaksi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Dia berkata: Sekiranya di pertengahan solat ketika ingin bangun selepas selesai daripada tasyahudnya. Adapun sekiranya di akhir solat, berdoalah selepas tasyahudnya dengan apa jua doa yang dikehendaki daripada Allah. Setelah itu, barulah memberi salam. [Riwayat Musnad Ahmad, Ibn Khuzaimah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5624].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman