TEKS BAHASA ARAB
إذا أصبحت فقل: اللهم أنت ربي لا شريك لك، أصبحت وأصبح الملك لله، لا شريك له. ثلاث مرات، وإذا أمسيت، فقل مثل ذلك، فإنهن يكفرن ما بينهن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu berada pada waktu pagi, maka ucapkanlah: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Mu, Aku berada pada waktu pagi dan kerajaan (bumi dan isinya) yang berada pada waktu pagi itu adalah milik Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Ucapkan sebanyak tiga kali dan apabila kamu berada pada waktu petang, maka ucapkanlah seperti itu juga kerana ia boleh menjadi kaffarah (menghapus dosa) antara dua waktu tersebut.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429, hadis nombor 7258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن سلمان الفارسي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أصبحت فقل: اللهم أنت ربي لا شريك لك، أصبحت وأصبح الملك لله، لا شريك له. ثلاث مرات، وإذا أمسيت، فقل مثل ذلك، فإنهن يكفرن ما بينهن.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (2334)]
(Sangat lemah)
Daripada Salman al-Farisi RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berada pada waktu pagi, maka ucapkanlah: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Mu, Aku berada pada waktu pagi dan kerajaan (bumi dan isinya) yang berada pada waktu pagi itu adalah milik Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Ucapkan sebanyak tiga kali dan apabila kamu berada pada waktu petang, maka ucapkanlah seperti itu juga kerana ia boleh menjadi kaffarah (menghapus dosa) antara dua waktu tersebut.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2334]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.