Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أصبحتَ فقُلْ: اللَّهُمَّ أنتَ ربِّي لا شريكَ لكَ، أصبحْت وأصبحَ الملكُ للهِ، لا شريكَ لهُ، ثلاثَ مراتٍ، وإذا أمْسَيتَ فقُلْ: مِثلَ ذلكَ، فإنهنَّ يُكَفِّرْنَ ما بينهَنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu berada pada waktu pagi, maka ucapkanlah: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Mu, Aku berada pada waktu pagi dan kerajaan (bumi dan isinya) yang berada pada waktu pagi itu adalah milik Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Ucapkan sebanyak tiga kali dan apabila kamu berada pada waktu petang, maka ucapkanlah seperti itu juga kerana ia boleh menjadi kaffarah (menghapus dosa) antara dua waktu tersebut.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429, hadis no. 7258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سلمان الفارسي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أصبحت فقل: اللهم أنت ربي لا شريك لك، أصبحت وأصبح الملك لله، لا شريك له. ثلاث مرات، وإذا أمسيت، فقل مثل ذلك، فإنهن يكفرن ما بينهن. [ابن السني، ((الضعيفة)) (2334)]
(Sangat lemah) Daripada Salman al-Farisi RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berada pada waktu pagi, maka ucapkanlah: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Mu, Aku berada pada waktu pagi dan kerajaan (bumi dan isinya) yang berada pada waktu pagi itu adalah milik Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Ucapkan sebanyak tiga kali dan apabila kamu berada pada waktu petang, maka ucapkanlah seperti itu juga kerana ia boleh menjadi kaffarah (menghapus dosa) antara dua waktu tersebut. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2334]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman