Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Berdoa untuk orang zalim agar diberikan umur panjang

Teks Bahasa Arab

مَنْ دَعَا لِظَالِمٍ بِطُولِ الْبَقَاءِ فَقَدْ أَحَبَّ أَنْ يُعْصَى اللَّهَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berdoa untuk orang zalim agar diberikan umur panjang, maka dia lebih suka melakukan maksiat kepada Allah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 91, hadis no. 427. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده الغزالي في (الإحياء) والزمخشري في (الكشاف) ولا يعرف في المرفوع لكن جاء عن الحسن من قوله، وعن الثوري من قوله. نعم في المرفوع عن أنس: (إن الله ليغضب إذا مدح الفاسق)، وعن عائشة، وعبد الله بن بسر، من وقر صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام (لكن كلها ضعيفة)، وقال ابن الجوزي: موضوعة.

Al-Ghazali telah memasukkan dalam al-Ihya' dan al-Zarkashi dalam al-Kashshaf, tidak diketahui dalam riwayat-riwayat yang marfu', namun telah datang daripada al-Hasan melalui kata-kata beliau dan juga daripada al-Thawri melalui kata-kata beliau. Ya, terdapat dalam riwayat yang marfu' daripada Anas: "Sesungguhnya Allah benar-benar murka apabila orang fasiq diberikan pujian", juga daripada 'Aishah dan 'Abdullah bin Busr: "Sesiapa yang memuliakan ahli bid'ah, maka dia telah menyumbang kepada kebinasaan Islam", namun kesemuanya dha'if. Ibn al-Jawzi berkata: "Palsu".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.