Berdoa untuk orang lain ketika tawaf diantara rukun dan maqam

TEKS BAHASA ARAB

غفر لك ولصاحبك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mudah-mudahan Allah mengampunkan kamu dan saudara kamu (yang mengirimkan doa).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis nombor 7782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: كنتُ أطوف مع النبي – صلى الله عليه وسلم-، فسمع رجلا يقول: اللهم اغفر لفلان. فقال: ((مه؟)). فقال: يا رسول الله! رجل حمّلني أن أدعو له عند الركن والمقام. فقال: ((غَفَر لكَ ولصاحِبِك)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5688)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku melakukan tawaf bersama Nabi SAW lalu terdengar seorang lelaki berdoa: Ya Allah! Ampunilah si fulan. Baginda SAW bertanya kepada lelaki itu: ((Siapa?)) Dia menjawab: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki meminta aku berdoa kepadanya di antara rukun dan maqam. Baginda berkata: ((Mudah-mudahan Allah mengampunkan kamu dan saudara kamu (yang mengirimkan doa).”))
[Riwayat Ibn hibban di dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5688].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.