Berdoa secara umum dan tidak mengkhususkannya

TEKS BAHASA ARAB

اعمم ولا تخص؛ فإن بين الخصوص والعموم كما بين السماء والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umumkanlah dan jangan khususkan. Ini kerana jarak antara khusus dan umum ibarat jarak antara langit dan bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis nombor 6576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا أقول: اللهم! ارحمني، فضرب بيده بين كتفي فقال: اعمم ولا تخص؛ فإن بين الخصوص والعموم كما بين السماء والأرض.
[فر، ((الضعيفة)) (5445)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Rasulullah SAW melintasiku sewaktu aku sedang mengucapkan: Ya Allah! Rahmatilah aku. Lalu baginda memukul bahuku menggunakan tangan baginda, lantas baginda bersabda: Umumkanlah dan jangan khususkan. Ini kerana jarak antara khusus dan umum ibarat jarak antara langit dan bumi.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5445]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs