Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اعمُم ولا تخصَّ؛ فإنَّ بين الخصوصِ والعمومِ كما بين السماءِ والأرضِ.
Teks Bahasa Melayu
Umumkanlah dan jangan khususkan. Ini kerana jarak antara khusus dan umum ibarat jarak antara langit dan bumi.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis no. 6576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا أقول: اللهم! ارحمني، فضرب بيده بين كتفي فقال: اعمم ولا تخص؛ فإن بين الخصوص والعموم كما بين السماء والأرض. [فر، ((الضعيفة)) (5445)]
(Lemah) Daripada 'Ali RA, katanya: Rasulullah SAW melintasiku sewaktu aku sedang mengucapkan: Ya Allah! Rahmatilah aku. Lalu baginda memukul bahuku menggunakan tangan baginda, lantas baginda bersabda: Umumkanlah dan jangan khususkan. Ini kerana jarak antara khusus dan umum ibarat jarak antara langit dan bumi. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5445]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman