Berdoa kepada Allah SWT dan mintalah keluasan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارفع إلى السماء، وسل الله السعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Angkatlah tangan (berdoa) ke langit, mintalah kepada Allah keluasan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis nombor 7168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن خالد بن الوليد رضي الله عنه، أنه شكى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الضيق في مسكنه، قال: ارفع إلى السماء، وسل الله السعة.
[طب، ((الضعيفة)) (1185)]

(Lemah)
Daripada Khalid bin al-Walid RA bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesempitan tempat tinggal beliau. Baginda bersabda: Angkatlah tangan (berdoa) ke langit, mintalah kepada Allah keluasan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1185]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.