Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berdirinya kalian di jalan Allah satu tempoh adalah lebih baik daripada amalan baiknya pada keluarganya sepanjang umurnya

Teks Bahasa Arab

مَقامُ أحدِكم في سبيلِ اللهِ ساعةً، خيرٌ من عملِهِ في أهلِهِ عُمْرَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Berdirinya kalian di jalan Allah satu tempoh adalah lebih baik daripada amalan baiknya pada keluarganya sepanjang umurnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa’ad bin Abi Fadhalah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis no. 5064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعد بن أبي فضالة – رضي الله عنه – وكانت له صحبة - قال: " اصطحبت أنا ‌وسهيل بن عمرو إلى الشام ندب أبو بكر السعور (كذا الأصل تقريبا وبياض قبله، ولعله: ليالي ندب أبو بكر الصديق) ، فقال له سهيل: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مقام أحدكم في سبيل الله ساعة، خير من عمله في أهله عمره))، قال: فأنا مقيم في سبيل الله حتى أموت لا أرجع إلى مكة أبدا. [ابن عساكر، ابن سعد، ك، ((الضعيفة)) (1839)]

(Dhaif) Daripada Abu Sa’ad bin Abi Fadhalah RA (beliau pernah bersahabat dengan Nabi SAW) berkata: “Aku bertemankan Suhail bin Amru ke Syam, Abu Bakr al-Su’ur menggalakkan (beginilah lebih kurangnya dalam tulisan asal yang ada kosong selepasnya, kemungkinan sebenarnya ialah: beberapa malam yang digalakkan oleh Abu Bakr al-Siddiq)) Lalu Suhail berkata, “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:, ((Berdirinya kalian di jalan Allah satu tempoh adalah lebih baik daripada amalan baiknya pada keluarganya sepanjang umurnya.)) Beliau berkata, “maka saya pun berdiri di jalan Allah sehinggalah saya mati, saya tidak akan kembali ke Makkah selama-lamanya.” [Disebutkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ibn Sa’ad dalam Tobaqot, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1839]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.