Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّمتُ زينُ العالمِ، وسِترُ الجاهلِ.
Teks Bahasa Melayu
Berdiam diri adalah hiasan orang berilmu dan perisai orang jahil.
Sahabat Perawi
- Abu 'Abd Muhriz bin Zuhair Al-Aslami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2018, hadis no. 10142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي عبد محرز بن زهير الأسلمي رضي الله عنه مرفوعا: الصمت زين العالم، وستر الجاهل. [فر، ((الضعيفة)) (3820)]
(Lemah) Daripada Abū ‘Abd Muḥriz bin Zuhayr al-Aslamī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berdiam diri adalah hiasan orang berilmu dan perisai orang jahil. Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3820]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman