Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تختموا بالزمرد فإنه ينفي الفقر.
Teks Bahasa Melayu
Bercincinlah kalian dengan zamrud, kerana ia akan menjauhkan kefakiran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 28, hadis no. 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه الديلمي من حديث ابن عباس. ولا يصح.
Dikeluarkan oleh al-Dailami, daripada hadith Ibn 'Abbas. Namun ia tidak sahih.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman