Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Bercelak pada hari 'Ashura'

Teks Bahasa Arab

مَنِ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاء لم ترمد عَيْنَيْهِ أَبَدًا

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang bercelak pada hari 'Ashura', kedua matanya tidak akan pernah sakit sampai bila-bila.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis no. 402. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روي حديثا لكن قال الحاكم: منكر، وابن الجوزي والسخاوي: موضوع، بل قال الحاكم: الاكتحال يوم عاشوراء لم يرد فيه عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أثر، وهو بدعة ابتدعها قتلة الحسين.

Diriwayatkan sebagai hadith namun al-Hakim berkata: "Munkar", Ibn al-Jawzi dan al-Sakhawi pula berkata: "Palsu". Bahkan al-Hakim berkata: "Bercelak pada hari 'Ashura', tidak disebutkan satu pun hadith daripada Nabi SAW berkenaannya, ia suatu bid'ah yang direka sempena pembunuhan al-Husain".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.