Bercakapnya seseorang lelaki selepas kematian daripada sebaik-baik tabi’in

TEKS BAHASA ARAB

يتكلم رجل بعد الموت من خير التابعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bercakapnya seseorang lelaki selepas kematian daripada sebaik-baik tabi’in.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1967, hadis nombor 9835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مرفوعا) عن ربعي بن خراش، قال: كنا أربع أخوة وكان الربيع أخونا أكثر صلاة وأكثر صياما في الهواجر وأنه توفي، فبينا نحن حوله – وقد بعثنا من يبتاع لنا كفنا-؛ إذ كشف الثوب عن وجهه فقال: السلام عليكم! فقال القوم: وعليكم السلام يا أخا بني عبس! أبعد الموت؟ قال: نعم؛ إني لقيت ربي عز وجل بعدكم، فلقيت ربا غير غضبان، واستقبلني بروح وريحان وإستبرق، ألا وان أبا القاسم ينتظر الصلاة علي، فعجلوني ولا تؤخروني. ثم كان بمنزلة حصاة رمي بها في طست. فنمي الحديث إلى عائشة -رضي الله -تعالى- عنها-، فقالت: أما إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «يتكلم رجل بعد الموت من خير التابعين».
[حل، الذهبي في «السير»، «الضعيفة» (6673)].

(Munkar secara marfu’)
Daripada Rib‘iy bin Khirash, dia berkata: Kami semua empat beradik dan saudara kami, al-Rabi’ paling banyak mendirikan solat dan banyak berpuasa pada musim panas. Kemudian dia meninggal dunia dan ketika kami berada di sisinya, – kami telah mengutus seseorang untuk membeli kain kafannya untuk kami – ketika diselak kain di mukanya, dia berkata: “Assalamu‘alaikum!” Kemudian kaum itu menjawab: “Wa‘alaikumussalam, wahai saudara bani ‘Abas! Adakah kamu sedar daripada kematian?” Dia menjawab: “Sesungguhnya saya telah bertemu dengan Tuhan-ku ‘Azza wa jalla selepas kamu. Saya bertemu Tuhan yang dalam keadaan tidak murka dan menyambutku dengan ketenteraman, rezeki serta sejenis sutera. Adapun Abu al-Qasim sedang menungguku untuk solat. Segerakanku dan jangan lewatkanku. Dia seperti sebiji batu yang dilemparkan ke dalam bekas. Maka hadith ini diangkat (dinisbahkan) kepada ‘Aisyah RAnha, beliau berkata: Adapun saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bercakapnya seseorang lelaki selepas kematian daripada sebaik-baik tabi’in.”
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah, al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6673].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs