Bercakaplah bersama kamu dan apa yang kalian mahukan, namun apabila sampai waktu kamu ingin tidur maka kembalilah setiap daripada wanita ke rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah mati syahid lelaki-lelaki dalam peristiwa perang Uhud yang mana isteri-isteri mereka yang syahid itu adalah berjiran. Mereka datang bertemu Nabi SAW lalu berkata: Kami ketakutan pada waktu malam wahai Rasulullah! lalu kami tidur bersama-sama di rumah salah seorang kami sehingga subuh, kami pulang ke rumah kami. Nabi SAW berkata: Bercakaplah di sisi salah seorang daripada kamu apa yang kalian mahukandan (lakukanlah) apa yang kalian mahukan, namun apabila sampai waktu kamu ingin tidur maka kembalilah setiap wanita ke rumahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757, hadis nombor 8848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) قال مجاهد: استشهد رجال يوم أحد، فأم نساؤهم، وكن متجاورات في دار، فجئن النبي – صلى الله عليه وسلم – فقلن: إنا نستوحش يا رسول الله! بالليل، فنبيت عند إحدانا، حتى إذا أصبحنا تبددنا [إلى] بيوتنا. فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها)). [عب، ((الضعيفة)) (5597)].

(Lemah)
Telah berkata Mujahid: “Telah mati syahid lelaki-lelaki dalam peristiwa perang Uhud yang mana isteri-isteri mereka yang syahid itu adalah berjiran. Mereka datang bertemu Nabi SAW lalu berkata: Kami ketakutan pada waktu malam wahai Rasulullah! lalu kami tidur bersama-sama di rumah salah seorang kami sehingga subuh, kami pulang ke rumah kami. Nabi SAW berkata: Bercakaplah di sisi salah seorang daripada kamu apa yang kalian mahukandan (lakukanlah) apa yang kalian mahukan, namun apabila sampai waktu kamu ingin tidur maka kembalilah setiap wanita ke rumahnya.”
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5597].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.