Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تحدَّثنَ عندَ إحداكُنَّ ما بدا لَكُنَّ، حتَّى إذا أردتُنَّ النَّومَ ؛ فلتَؤُبْ كلُّ امرأةٍ إلى بَيتِها.
Teks Bahasa Melayu
Telah berkata Mujahid: “Telah mati syahid lelaki-lelaki dalam peristiwa perang Uhud yang mana isteri-isteri mereka yang syahid itu adalah berjiran. Mereka datang bertemu Nabi SAW lalu berkata: Kami sunyi pada waktu malam wahai Rasulullah! lalu kami tidur bersama-sama di rumah salah seorang kami sehingga subuh, kami pulang ke rumah kami. Nabi SAW berkata: Bercakaplah bersama kamu dan apa yang kalian mahukan, namun apabila sampai waktu kamu ingin tidur maka kembalilah setiap daripada wanita ke rumahnya.”
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757, hadis no. 8848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) قال مجاهد: استشهد رجال يوم أحد، فأم نساؤهم، وكن متجاورات في دار، فجئن النبي - صلى الله عليه وسلم - فقلن: إنا نستوحش يا رسول الله! بالليل، فنبيت عند إحدانا، حتى إذا أصبحنا تبددنا [إلى] بيوتنا. فقال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها)). [عب، ((الضعيفة)) (5597)].
(Lemah) Mujahid berkata: “Telah mati syahid lelaki-lelaki dalam peristiwa perang Uhud yang mana isteri-isteri mereka yang syahid itu adalah berjiran. Mereka datang bertemu Nabi SAW lalu berkata: Kami sunyi pada waktu malam wahai Rasulullah! lalu kami tidur bersama-sama di rumah salah seorang kami sehingga subuh, kami pulang ke rumah kami. Nabi SAW berkata: Bercakaplah bersama kamu dan (lakukanlah) apa yang kalian mahukan, namun apabila sampai waktu kamu ingin tidur maka kembalilah setiap wanita ke rumahnya.” [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5597].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman