Bercakap ketika makan

TEKS BAHASA ARAB

الكلام على الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bercakap ketika makan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis nombor 300. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعلم فيه شيئا نفيا ولا إثباتا، قال الجد: قلت ذكر أبو طالب المكي والغزالي من أدب الجماعة على الأكل أن لا يسكتوا على الطعام وإن ذلك من سيرة الأعاجم ولكن يتكلمون بالمعروف ويتحدثون بحكايات الصالحين في الأطعمة وغيرها انتهى وهو لا ينافي في قول الشافعي: من الأدب على الطعام قلة الكلام، إذ لعله المراد بالمعروف الذي أشاروا إليه فإن كثرة الكلام والتشدق فيه بحيث يتطاير الطعام من في المتكلم خلاف الأولى أو مكروه.

Al-Sakhawi berkata: "Tidak aku ketahui mana-mana hadith berkenaannya sama ada yang menafikan atau yang menetapkannya". Al-Jadd berkata: "Aku berkata: Abu Talib al-Makki dan al-Ghazali telah menyebutkan sebahagian adab berjemaah ketika makan iaitu tidak berdiam diri sahaja ketika makan, dan perbuatan tersebut merupakan adat orang-orang ajam, namun mereka hanya berbicara perkara baik dan menceritakan kisah-kisah orang salih ketika makan dan lain-lainnya. Ia tidaklah bertentangan dengan kata-kata al-Shafi’ei: "Antara adab ketika makan adalah kurang bercakap", kerana berkemungkinan beliau maksudkan adalah perkara baik yang telah diisyaratkan, kerana banyak bercakap dan meliuk-liukkan mulut boleh menyebabkan berterbangan makanan daripada mulut orang yang bercakap adalah khilaf aula (menyelisihi perbuatan yang sepatutnya di dahulukan) atau makruh".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs