Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الكلام على الطعام.
Teks Bahasa Melayu
Bercakap ketika makan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis no. 300. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Sakhawi berkata: "Tidak aku ketahui mana-mana hadith berkenaannya sama ada yang menafikan atau yang menetapkannya". Al-Jadd berkata: "Aku berkata: Abu Talib al-Makki dan al-Ghazali telah menyebutkan sebahagian adab berjemaah ketika makan iaitu tidak berdiam diri sahaja ketika makan, dan perbuatan tersebut merupakan adat orang-orang ajam, namun mereka hanya berbicara perkara baik dan menceritakan kisah-kisah orang salih ketika makan dan lain-lainnya. Ia tidaklah bertentangan dengan kata-kata al-Shafi'ei: "Antara adab ketika makan adalah kurang bercakap", kerana berkemungkinan beliau maksudkan adalah perkara baik yang telah diisyaratkan, kerana banyak bercakap dan meliuk-liukkan mulut boleh menyebabkan berterbangan makanan daripada mulut orang yang bercakap adalah khilaf aula (menyelisihi perbuatan yang sepatutnya di dahulukan) atau makruh".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman