Bercakap-cakap di dalam masjid adalah perbuatan sia-sia

TEKS BAHASA ARAB

الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القران؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bercakap-cakap di dalam masjid adalah perbuatan sia-sia, kecuali ketika membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah SWT, atau pertanyaan yang baik.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis nombor 585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القران؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير.
[اللالكائي، ((الضعيفة)) (5580)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bercakap-cakap di dalam masjid adalah perbuatan sia-sia, kecuali ketika membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah SWT, atau pertanyaan yang baik.
[Riwayat al-Lalaka’i dalam Sharḥ Uṣul ‘Aqidah Ahl al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5580]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs