Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الكلامُ في المسجِدِ لَغْوٌ؛ إلا قراءةَ القراَنِ؛ وذِكْرَ اللهِ عز وجل؛ أو مسألةَ خَيْرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bercakap-cakap di dalam masjid adalah perbuatan sia-sia, kecuali ketika membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah SWT, atau pertanyaan yang baik.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis no. 585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القران؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير. [اللالكائي، ((الضعيفة)) (5580)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bercakap-cakap di dalam masjid adalah perbuatan sia-sia, kecuali ketika membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah SWT, atau pertanyaan yang baik. [Riwayat al-Lalaka’i dalam Sharḥ Uṣul ‘Aqidah Ahl al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman