Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخلَ أحدُكُم علَى أخيهِ فأرادَ أن يُفْطِرَ فليُفطِرْ إلَّا أن يَكونَ صومُهُ ذلِكَ رمضانَ، أو قضاءَ رمضانَ أو نَذرًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang dalam kalangan kalian datang berjumpa saudaranya, lalu dia hendak berbuka puasa maka berbukalah, kecuali jika puasanya itu adalah puasa pada bulan Ramadan, atau puasa qadha (ganti Ramadan) ataupun puasa nazar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا دخل أحدكم على أخيه فأراد أن يفطر فليفطر إلا أن يكون صومه ذلك رمضان، أو قضاء رمضان، أو نذرا)). [الكلابي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (2560)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Apabila salah seorang dalam kalangan kalian datang berjumpa saudaranya, lalu dia hendak berbuka puasa maka berbukalah, kecuali jika puasanya itu adalah puasa pada bulan Ramadan, atau puasa qadha (ganti Ramadan) ataupun puasa nazar." [Riwayat al-Kilabi dalam hadisnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2560]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman