Berbuat baiklah kepada sesiapa yang ahlinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اصنعوا المعروف إلى من هو أهله ومن ليس أهله فإن لم تصب أهله فأنت أهله.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berbuat baiklah kepada sesiapa yang ahlinya (yakni sesiapa yang berbuat baik), dan kepada sesiapa yang bukan ahlinya (yakni orang yang tidak berbuat baik), jika kebaikan tidak diperolehi ahlinya (yakni orang yang baik) maka kamu (sebenarnya) adalah ahlinya (yakni orang yang baik).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 83, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل: من نسخة عبد الله بن أحمد الموضوعة.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail: Ia berasal daripada Naskhah Abdullah bin Ahmad yang palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs