Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berbuat baiklah kepada sesiapa yang ahlinya

Teks Bahasa Arab

حديث: اصنعوا المعروف إلى من هو أهله ومن ليس أهله فإن لم تصب أهله فأنت أهله.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Berbuat baiklah kepada sesiapa yang ahlinya (yakni sesiapa yang berbuat baik), dan kepada sesiapa yang bukan ahlinya (yakni orang yang tidak berbuat baik), jika kebaikan tidak diperolehi ahlinya (yakni orang yang baik) maka kamu (sebenarnya) adalah ahlinya (yakni orang yang baik).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 83, hadis no. 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: من نسخة عبد الله بن أحمد الموضوعة.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail: Ia berasal daripada Naskhah Abdullah bin Ahmad yang palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.