Berbuat baiklah kepada ibu saudaramu iaitu pohon kurma

TEKS BAHASA ARAB

أحسنوا إلى عمتكم النخلة فإن الله تعالى خلق آدم ففضل من طينتها فخلق منها النخلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbuat baiklah kepada ibu saudaramu iaitu pohon kurma kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan Adam lalu Dia memilih daripada tanahnya, lalu diciptakan daripadanya pohon kurma.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1653, hadis nombor 8345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أحسنوا إلى عمتكم النخلة فإن الله تعالى خلق آدم ففضل من طينتها فخلق منها النخلة)). [عد، الباطرقاني في ((جزء من حديثه))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (261)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ : ((Berbuat baiklah kepada ibu saudaramu iaitu pohon kurma kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan Adam lalu Dia memilih daripada tanahnya, lalu diciptakan daripadanya pohon kurma)).
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baturqani dalam Juz'un Min Hadithihi dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 261].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs