Berbuat baiklah kepada bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbuat baik kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

بروا آباءكم؛ تبركم أبناؤكم، وعفوا؛ تعف نساؤكم، ومن انتصل إليه فلم يقبل؛ لم يرد علي الحوض يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbuat baiklah kepada bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Peliharalah maruah kamu nescaya isteri kamu akan menjaga diri. Dan sesiapa yang dimohon kemaafan daripadanya (disebabkan kesalahan yang dilakukan) lalu dia tidak menerimanya (permohonan maaf), maka dia tidak akan mendapat Ḥawḍ (telaga) pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis nombor 133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((بروا آباءكم؛ تبركم أبناؤكم، وعفوا؛ تعف نساؤكم، ومن انتصل إليه فلم يقبل؛ لم يرد علي الحوض يوم القيامة)).
[عق، ك، خط، حل، ((الضعيفة)) (2039)]

(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbuat baiklah kepada bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Peliharalah maruah kamu nescaya isteri kamu akan menjaga diri. Dan sesiapa yang dimohon kemaafan daripadanya (disebabkan kesalahan yang dilakukan) lalu dia tidak menerimanya (permohonan maaf), maka dia tidak akan mendapat Ḥawḍ (telaga) pada hari kiamat.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2039]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs