Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَرُّوا آباءَكم، تَبَرُّكم أبناؤُكم، وعِفُّوا، تَعِفُّ نساؤُكم، ومن انتُصِل إليه فلم يَقْبَلْ، لم يَرِدْ عَلَيَّ الحوضَ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Berbuat baiklah kepada bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Peliharalah maruah kamu nescaya isteri kamu akan menjaga diri. Dan sesiapa yang dimohon kemaafan daripadanya (disebabkan kesalahan yang dilakukan) lalu dia tidak menerimanya (permohonan maaf), maka dia tidak akan mendapat Ḥawḍ (telaga) pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis no. 133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((بروا آباءكم؛ تبركم أبناؤكم، وعفوا؛ تعف نساؤكم، ومن انتصل إليه فلم يقبل؛ لم يرد علي الحوض يوم القيامة)). [عق، ك، خط، حل، ((الضعيفة)) (2039)]
(Daif) Daripada Jābir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbuat baiklah kepada bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Peliharalah maruah kamu nescaya isteri kamu akan menjaga diri. Dan sesiapa yang dimohon kemaafan daripadanya (disebabkan kesalahan yang dilakukan) lalu dia tidak menerimanya (permohonan maaf), maka dia tidak akan mendapat Ḥawḍ (telaga) pada hari kiamat. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2039]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman