Berbuat baiklah dengan al-'Abbas

TEKS BAHASA ARAB

استوصوا بالعباس خيرا، فإنه عمي وصنو أبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbuat baiklah dengan al-‘Abbas. Sesungguhnya dia ialah bapa saudara dan saudara kandung ayahku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis nombor 9079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((استوصوا بالعباس خيرا، فإنه عمي وصنو أبي)). [ابن وهب، عد، ابن عساكر، ابن السماك في ((جزء من حديثه))، ((ضعيفة)) (1945)]

(Sangat Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Berbuat baiklah dengan al-‘Abbas. Sesungguhnya dia ialah bapa saudara dan saudara kandung ayahku." [Riwayat Ibn Wahb, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn ‘Asakir dan Ibn al-Samak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs