Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسْتَوْصوا بالعبَّاسِ خَيرًا، فإِنَّهُ عَمِّي وصِنْوُ أَبِي.
Teks Bahasa Melayu
Berbuat baiklah dengan al-'Abbas. Sesungguhnya dia ialah bapa saudara dan saudara kandung ayahku.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis no. 9079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه – مرفوعا: ((استوصوا بالعباس خيرا، فإنه عمي وصنو أبي)). [ابن وهب، عد، ابن عساكر، ابن السماك في ((جزء من حديثه))، ((ضعيفة)) (1945)]
(Sangat Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Berbuat baiklah dengan al-'Abbas. Sesungguhnya dia ialah bapa saudara dan saudara kandung ayahku." [Riwayat Ibn Wahb, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn ‘Asakir dan Ibn al-Samak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1945]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman