Berbuat baik kepada ibu bapa akan menambahkan umur

TEKS BAHASA ARAB

بر الوالدين يزيد في العمر، والكذب ينقص من الرزق، والدعاء يرد البلاء، ولله في خلقه قضاآن، فقضاء نافذ، وقضاء ينتظر، وللأنبياء على العلماء فضل درجتين، وللعلماء على الشهداء فضل درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbuat baik kepada ibu bapa akan menambahkan umur, berbohong akan mengurangkan rezeki, berdoa dapat menolak bala. Sesungguhnya Allah memiliki dua qada’ pada keseluruhan makhluk-Nya. Iaitu qada’ yang dilaksana dan qada’ yang ditangguh. Para Nabi memiliki dua darjat yang lebih tinggi ke atas para ulama. Dan para ulama melebihi golongan syuhada’ sebanyak satu darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180 hadis nombor 920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: بر الوالدين يزيد في العمر، والكذب ينقص من الرزق، والدعاء يرد البلاء، ولله في خلقه قضاآن، فقضاء نافذ، وقضاء ينتظر، وللأنبياء على العلماء فضل درجتين، وللعلماء على الشهداء فضل درجة.
[أبو الشيخ في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (1429)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbuat baik kepada ibu bapa akan menambahkan umur, berbohong akan mengurangkan rezeki, berdoa dapat menolak bala. Sesungguhnya Allah memiliki dua qada’ pada keseluruhan makhluk-Nya. Iaitu qada’ yang dilaksana dan qada’ yang ditangguh. Para Nabi memiliki dua darjat yang lebih tinggi ke atas para ulama. Dan para ulama melebihi golongan syuhada’ sebanyak satu darjat.
[Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1429]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs