TEKS BAHASA ARAB
الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Minyak rambut itu menghilangkan kesusahan, pakaian menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada pembantu itu antara perkara yang Allah SWT menghinakan musuh dengannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن طلحة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو.
[أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5921)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ṭalḥah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Minyak rambut itu menghilangkan kesusahan, pakaian menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada pembantu itu antara perkara yang Allah SWT menghinakan musuh dengannya.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Ṭibb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5921]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.