Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Berbuat baik kepada hamba bukan amalan musuh Islam

Teks Bahasa Arab

الدُّهْنُ يذهبُ بِالبُؤسِ، والكِسْوَةُ تُظْهِرُ الغِنَى، والإِحْسَانُ إلى الخَادِمِ مما يَكْبِتُ الله به العَدُوَّ.

Teks Bahasa Melayu

Minyak rambut itu menghilangkan kesusahan, pakaian menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada pembantu itu antara perkara yang Allah SWT menghinakan musuh dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Ṭalḥah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis no. 574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن طلحة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو. [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5921)]

(Terlalu Daif) Daripada Ṭalḥah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Minyak rambut itu menghilangkan kesusahan, pakaian menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada pembantu itu antara perkara yang Allah SWT menghinakan musuh dengannya. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Ṭibb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5921]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.